JOM KLIK

Friday, September 23, 2011

GURU OH GURU...?


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulamak yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.




Sasterawan Negara,
Dato' Usman Awang

Monday, September 19, 2011

DRAMA GELANGGANG TUK WALI...?


Soalan 2 (b) : Petikan Drama

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

TUK WALI : (Bangun dan mengingati sesuatu) Di rumah Haji Kodri tadi aku tau aku memang sengaja dimalukan. Aku tau mereka Cuma jadikan Si Piee tu kambing hitam! sasarannya aku, Umi! Aku! Mereka mempersendakan tiap gerak dan kata-kata aku! Sampaikan cara aku bersampingpun dipersenda! Tapi aku tak peduli semua itu. Buruk sangat ke tingkah laku aku ni? Aku Cuma bersilat dalam gelanggang! Silat itulah yang aku gerakkan sejak 50 tahun lalu! Dulu, semua jurus, pengunci dan penangkis pukulan itu dikagumi, dipuji dan dianggap hebat. Tiap gelanggang bila aku bersilat, penuh sesak orang datang nak melihat dan mencuri gelak! (Hampa) Tapi, sekarang tiap langkah aku baik di luar apalagi di dalam gelanggang, dicemuh, dihina dan diketawakan! Apa salah aku pada mereka. Umi! Besar sangat ke dosa aku ni? Cuma kerana terus bersilat?
Aku Cuma tau bersilat, mencari akar kayu, meracik , mengurut bila ada yang patah atau terkehel, mengubat orang sakit yang sudah tidak diterima lagi oleh doktor! kerja pinang-meminang, jadi tuk mudin pun aku! Menggali liang kubur pun aku! Sampai nak mandikan mayat pun aku dicari. Tapi, kerana aku terus bersilat maka aku dicemuh, dihina sehina-hinanya! Adil ke, Umi? Adil ke? Aku tak pernah minta disanjung! Aku tak tergamak minta upah setiap kali menolong orang! Tak sampai hati aku, Umi! Tapi, mereka sampai hati menjatuhkan maruah aku! Mereka tergamak menghina dan mempermainkan aku di majlis orang! Aku malu, Umi! Malu!

MAK UMI : (lembut) Ripin kan ada, murid awak yang lain tu semuanya boleh bersilat! Biarlah mereka saja yang turun ke gelanggang.

(Dipetik daripada drama ”Gelanggang Tuk Wali” Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Nyatakan masalah yang dihadapi oleh Tuk Wali?    [3 markah]                                                                                         
Masalah yang dihadapi oleh Tuk Wali ialah dia sengaja dimalukan di hadapan khalayak di rumah Haj Kodri. Selain itu, mereka mempersendakan setiap gerak dan kata-kata Tuk Wali. Akhir sekali mereka mencemuh Tuk Wali bersilat sehingga menjatuhkan maruahnya.


(ii) Pada pendapat anda, adakah wajar Tuk Wali dimalukan di hadapan khalayak. Berikan tiga sebab.                                                                                                                                                                                         [3 markah]

Pada pendapat saya tidak wajar Tuk Wali dimalukan di hadapan khalayak. Sebab saya berpendapat sedemikian ialah Tuk Wali merupakan jaguh silat yang disegani di kampungnya sehingga anak muda ramai belajar silat dengannya. Selain itu, orang seperti Tuk wali perlu disanjung kerana bersemangat mempertahankan silat yang merupakan seni mempertahankan diri yang diwarisi sejak zaman berzaman. Akhir sekali, Tuk Wali merupakan orang yang berpengaruh di kampungnya kerana masyarakat banyak menggunakan khidmat beliau dalam apa-apa majlis.


(iii) Terangkan satu perwatakan Tuk Wali dalam petikan dan dua perwatakan lain dalam keseluruhan drama.                                                                                                                                                                                                       
[3 markah]

Perwatakan Tuk Wali dalam petikan ialah sorang yang merendah diri. Sebagai contoh, Tuk Wali tidak minta disanjung walaupun dia banyak membantu penduduk kampung seperti mengurut, mengubat, meminang, menjadi tuk midin, menggali kubur dan memandikan mayat. 

Perwatakan Tuk Wali dalam keseluruhan Drama ialah seorang yang berani. Sebagai bukti, Tuk Wali berjaya menewaskan perompak yang bersenjatakan parang, pistol dan kapak di sebuah kedai emas. Selain itu, Tuk Wali juga seorang yang bersemangat tinggi. Sebagai contoh, dia bersemangat mempertahankan ilmu persilatan yang dipelajarinya supaya kebudayaan ini tidak lenyap ditelan zaman. 

Perkongsian oleh:
(Cikgu Azaman - GC Bahasa Melayu)

Monday, September 12, 2011

KUALITI AKADEMIK KELANTAN...?



Keputusan Peperiksaan Awam Negeri Kelantan




UPSR
PMR
SPM

2009
2010
2009
2010
2009
2010
%  Am Negeri
69.03
67.39
62.02
66.75
94.02
93.73
GP Negeri
2.25
2.22
2.71
2.61
5.26
5.15
STPM

2009
2010
Min PNGK
2.47
2.46
GP Negeri
96.91
97.38



Sunday, September 11, 2011

ANALISIS PMR FARIS PETRA 2007 - 2010..?

ANALISIS PENCAPAIAN PMR 2007 - 2010

PMR
BIL. CALON
GPA
Straight A’s
PERATUS
2007
145
1.03
121
83.45
2008
142
1.03
115
80.99
2009
145
1.03
120
82.76
2010
148
1.04
111
79.86

ANALISIS SPM FARIS PETRA 2005 - 2010...?


ANALISIS PENCAPAIAN SPM 2005 - 2010

PMR
BIL. CALON
GPA
Straight A’s
PERATUS
2005
194
2.04
36
18.6
2006
142
2.43
7
4.92
2007
186
1.96
35
18.8
2008
141
2.14
17
12.06
2009
185
1.66
27
14.59
2010
167
1.44
38
22.27

Saturday, September 10, 2011

ANALISIS KOMSAS PMR...?


ANALISIS SOALAN PEMAHAMAN KOMSAS

PMR 2005 - 2010
TAHUN
GENRE
TAJUK
TINGKATAN
2005

Cerpen
Anak Bumi tercinta
3
Sajak
Pesan Tangan Kepada Jari
2
2006
Drama
Buyung
2
Syair
Syair Menyambut Pelajaran
1
2007
Cerpen
Tangan Kanan, Kiri dan Kedua-duanya
2
Sajak
Bila Berjauhan
3
2008
Drama
Jalan Sempit
3
Pantun
Pantun Dua Kerat
1
2009
Cerita Klasik
Raja Bersiung
3
Sajak
Seorang Guru Tua
1
2010
Drama
Adik Berjasa
3
Pantun
Pantun Nasib
3
Perkongsian oleh:
                           Cikgu Mohamad Azemi, GC Bahasa Melayu

RUTIN GC FARIS...?


BERKONGSI ILMU...!
Bermula 8 September hinggalah 10 Disember 2011, Cikgu menghadapi jadual kerja yang sangat padat dan amat meletihkan. Biasanya, cikgu sempat meng'update'kan blog ini sekurang-kurangnya sekali sehari, tapi hujung minggu kali ini.... TAK SEMPAT...!!!!!
Untuk makluman Farisian sekalian, pada hujung minggu ini cikgu terpaksa melayani beberapa undangan ceramah PMR yang datangnya berturut-turut, dan tempat-tempatnya pula agak jauh dan pastinya memenatkan.
  • 8 September 2011  - Ceramah anjuran Kesedar di Sweet Beach Resort, Tok Bali (2.30 - 4.30)
  • 9 September 2011  - Ceramah anjuran Kesedar di D' Aura Training Centre, Kandis (8.00 - 10.00)
  • 9 September 2011  - Ceramah anjuran Kesedar di PCB Resort, Kota Bharu (2.30 - 4.30)
  • 10 September 2011 - Ceramah di Sekolah Sultan Ibrahim 1, P. Mas (9.00 - 11.00)
Dan pada 13 September 2011 ini nanti, dua lagi program ceramah yang menanti, iaitu di SMK Salor dan sekolah Faris sendiri yang akan diadakan di D' Aura Training Centre. Masing-masing 2.30 - 4.30 petang dan 9.00 - 11.00 malam.
Harap maklum.......

Wednesday, September 7, 2011

8 NILAI 1MALAYSIA...?


  • BUDAYA KECEMERLANGAN
  • KETABAHAN
  • RENDAH HATI
  • PENERIMAAN
  • KESETIAAN
  • MERITOKRASI
  • PENDIDIKAN
  • INTEGRITI

Tuesday, September 6, 2011

RANCANGAN HARIAN...!

Nama Jurulatih: En. Mohamad Azemi Bin Zawawi
Tajuk: Tackling: 1. Flat Tackle 2. Reverse Tackle
Objektif: Pemain dapat menguasai kemahiran tackling dengan baik
RANCANGAN LATIHAN

 

AKTIVITI
HURAIAN AKTIVITI
ORGANISASI / MASA

1.Statik:-
-a. Kedudukan badan
- b.Kedudukan tangan
- c.Tumpuan


a. Graviti rendah, kaki kiri ke depan menampu berat badan.
b. Tangan kiri memegang hujung kayu dan tangan kanan memegang di bahagian tengah.(spt keadaan menggelecek)
c. Pemain cuba memperlahankan gerakan penyerang dengan cara mengacah.


2 pemain diarah menunjukkan cara memegang kayu ketika:
-          Memukul
-          Menahan
-          Menolak bola.

Masa: 05 minit



2. Pergerakan bersama bola





1. Penyerang menggelecek bola ke arah kanan pertahanan (Flat tackle)
2. Penyerang menggelecek bola ke arah kiri pertahanan (Reverse Tackle)
3. Pertahanan menggunakan kemahiran tackling untuk menghalang penyerang dan seterusnya menyelamatkan keadaan


9 pemain dengan 8 biji bola
(8 penyerang + 1 pertahanan)
-          Giliran


Masa: 30 minit




3. Permainan Kecil:-

3 lawan 3




1. 3 penyerang akan mencuba menggelecek melepasi pertahanan sementara 3 pertahanan akan menghalang dengan menggunakan kemahiran tackling.
2. Pasukan yang Berjaya menjaringkan gol dikira menang.

6 pemain terlibat dalam masa 7 minit.
Semua pemain dekehendaki terlibat dalam aktiviti.

Masa: 15 minit



CATATAN:
  


Permainan kecil boleh diubah-ubah jumlah pemain.


 Tugas seorang guru ataupun jurulatih bermula dengan 'Rancangan Harian'....!!!!

Perkongsian Oleh:
Cikgu Mohamad Azemi Zawawi (GC Bahasa Melayu)