JOM KLIK

Showing posts with label CATATAN BLOGGER. Show all posts
Showing posts with label CATATAN BLOGGER. Show all posts

Tuesday, October 16, 2012

JAWAPAN SAINS (1) PMR 2012...?



JAWAPAN SAINS KERTAS 1 PMR 2012:-
  1. C
  2. A
  3. D
  4. C
  5. B
  6. C
  7. C
  8. C
  9. C
  10. A
  11. B
  12. A
  13. A
  14. C
  15. C
  16. D
  17. B
  18. D
  19. D
  20. A
  21. A
  22. A
  23. A
  24. B
  25. B
  26. D
  27. B
  28. A
  29. C
  30. A
  31. D
  32. D
  33. C
  34. D
  35. B
  36. A
  37. B
  38. D
  39. B
  40. C
Perkongsian Cikgu Wan Sakinah

Saturday, October 13, 2012

PANAS... JAWAPAN BI (1) PMR 2012...?



JAWABAN SOALAN ANEKA PILIHAN BI 1:-
  1. D
  2. A
  3. D
  4. C
  5. A
  6. C
  7. B
  8. C
  9. A
  10. B
  11. C
  12. B
  13. C
  14. A
  15. D
  16. B
  17. D
  18. A
  19. A
  20. B
  21. B
  22. A
  23. C
  24. B
  25. D
  26. A
  27. B
  28. D
  29. A
  30. B
  31. D
  32. C
  33. A
  34. D
  35. D
  36. C
  37. A
  38. B
  39. C
  40. D
Perkongsian oleh: Teacher  Nik Fauziah.

Saturday, September 29, 2012

KOLABORASI SABK...?

PROGRAM SBT SEKOLAH ANGKAT 27 - 29 SEPTEMBER 2012
Petang kelmarin, penulis terlibat sebagai penceramah Bahasa Melayu PMR dalam Program Sekolah Angkat Sekolah Berprestasi Tinggi dengan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) untuk meningkatkan pencapaian PMR 2012 dengan Sekolah Menengah Agama (U)  Darul Ulum Al-Muhammadiah, Kolam, Bachok, Kelantan.

Program Bengkel Bahasa Melayu  bermula jam 3.00 petang itu melibatkan seramai 53 orang pelajar sekolah agama tersebut serta pelajar kelas 3 Delta (Faris Petra) seramai 30 orang. Program kolaborasi itu walaupun agak sukar dilaksanakan kerana melibatkan tahap prestasi pelajar yang jauh berbeza-beza, namun sekurang-kurangnya dapat mendedahkan teknik menjawab terbaik bagi soalan-soalan tertentu subjek Bahasa Melayu.

Monday, September 24, 2012

TEKNIK MENJAWAB DI SMSPP...?


PERKONGSIAN SBP..
Pada petang ini jam 3.00 - 5.00 petang Cikgu akan berada bersama-sama dengan pelajar tingkatan 3, Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh dalam majlis ilmu 'Bengkel Teknik Menjawab BM PMR 2012'. Majlis ini akhirnya dapat diadakan selepas beberapa kali ditangguhkan kerana kesibukan serta kekangan masa yang amat sangat di pihak Cikgu.

Cikgu amat berharap majlis yang dirancangkan ini dapat berjalan dengan lancar, insya-Allah.

Perkongsian GC Bahasa Melayu.

Sunday, September 23, 2012

ANALISIS NOVEL...?


ANALISIS SOALAN NOVEL 2005 - 2011
TAHUN
ASPEK YANG DITANYA
2005
Latar masa, latar tempat dan latar masyarakat
2006
Perbandingan antara watak utama dengan watak sampingan
2007
Contoh daripada pengajaran sikap saling membantu
2008
Latar tempat
2009
Contoh peristiwa daripada persoalan yang diberi
2010
Contoh peristiwa daripada nilai yang diberi
2011
Contoh peristiwa perwatakan watak utama
2012
??????????

ANALISIS SOALAN RANGSANGAN...?


ANALISIS SOALAN BAHAGIAN B (BM2)
TAHUN
ISU/TOPIK
2005
Kitar Semula
2006
Kebaikan Bergotong-royong
2007
Aktiviti Sempena Pesta Flora
2008
Kesan-kesan Banjir
2009
Cara Mengatasi Kesesakan Jalan Raya
2010
Kesan-kesan Kegiatan Pembalakan Haram
2011
Faedah Memajukan Industri Pelancongan
2012
??????????

SOALAN BM 2 SPOT...?


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pelajar dan pembaca yang dihormati sekalian....

Belakangan ini pertanyaan yang sering diajukan pembaca sama ada pelajar, guru mahupun ibu bapa adalah tentang soalan-soalan  yang mungkin keluar dalam PMR nanti. Ada sesetengah pertanyaan itu pula diiringi dengan pujuk rayu dan sesetengahnya pula siap dengan harapan yang menggunung tinggi. Alahai, .... sakit kepala Cikgu dibuatnya.
SEBENARNYA, walaupun Cikgu mempunyai pengalaman yang luas dalam hal-ehwal Bahasa Melayu PMR ini, namun kerja-kerja nujum-menujum ini bukanlah baik malah kadang-kadang merugikan. Bayangkan jika soalan atau tajuk yang dijangka keluar, tak muncul tiba, siapa yang mahu dipersalahkan?
Berkenaan dengan tajuk atau soalan yang keluar nanti, pelajar-pelajar bakal calon PMR sekalian janganlah terlalu takut atau risau, kerana semua skop topiknya telah diajarkan guru masing-masing.
CUMA nasihat Cikgu, untuk soalan-soalan karangan, pelajar mestilah menguasai tajuk-tajuk yang berkisar tentang diri pelajar sendiri, seperti tajuk yang berkaitan dengan persekolahan (asrama, kokurikulum, teknik belajar, peranan ibu bapa, disiplin, kantin, sukan dan kesihatan). Tajuk-tajuk yang berkaitan ibu bapa dan pihak sekolah juga seharusnya diberikan perhatian oleh pelajar-pelajar. Contoh soalan atau tajuk karangan yang PATUT dikuasai pelajar ialah:-

  • Bagaimanakah cara mempopularkan permainan tradisional dalam kalangan pelajar?
  • Peranan ibu bapa/guru/pelajar dalam menangai masalah disiplin pelajar.
  • Faedah menabung kepada pelajar.
  • Kebersihan.
  • Kebaikan koperasi sekolah.
Bagi soalan novel pula, soalan yang keluar pada tahun lepas adalah tentang perwatakan, 2010 - nilai, 2009 - persoalan, 2008 - latar tempat, 2007 - pengajaran, 2006 - watak dan 2005 - latar tempat, masa dan masyarakat.
Pada tahun ini, pelajar-pelajar seharusnya memberikan lebih tumpuan kepada tema serta latar di samping tajuk-tajuk lain. 

Thursday, September 6, 2012

KATA SETARA / GANDA / MAJMUK...?

Antara kata majmuk, kata ganda dengan kata setara, kebiasaannya akan timbul kekeliruan dari segi penggunaannya oleh pengguna bahasa Melayu yang kurang teliti dan cakna bahasa. Mereka sering menyalahgunakan penggunaan kata-kata tersebut secara tidak sedar kerana mungkin beranggapan bahawa kata tersebut tergolong dalam kategori yang sama, yang menjadikan penggunaannya pun sama.

KATA GANDA:-
  • Terbahagi kepada lima jenis, iaitu:-
  1. Kata Gandaan Penuh ( bola-bola, pokok-pokok, api-api )
  2. Kata Gandaan Separa ( jejari, jejambat, sesiku, kekuda )
  3. Kata Gandaan Irama ( kayu-kayan, lauk-pauk, kuih-muih )
  4. Kata Gandaan Bebas ( ipar-duai, simpang-perenang, mentua-taya )
  5. Kata Gandaan Menyaling ( tolong-menolong, tembak-menembak, buli-membuli )
  • Kata ganda akan menggunakan tanda sempang di tengahnya kecuali kata gandaan separa.
  • Kata gandaan irama bersifat 'kata keduanya' tidak memiliki apa-apa makna:-
  1. kuih-muih > muih - tidak memiliki apa-apa makna
  2. lauk-pauk > pauk - tidak memiliki apa-apa makna
KATA SETARA:-
  • Kata setara ialah kata yang terdiri daripada dua patah kata yang sama / setara golongannya.
  1. lembu kerbau > lembu - binatang; kerbau - binatang
  2. jimat cermat > jimat - adjektif; cermat - adjektif
  3. kerusi meja > kerusi - perabot; meja - perabot
  4. ibu bapa > ibu - orang; bapa - orang
  • Kata setara tidak memiliki tanda sempang di tengah-tengahnya.
  • Kata setara tidak boleh digandakan;-
  1. ibu bapa-ibu bapa  X
  2. ibu-ibu bapa  X
  3. semua ibu bapa /
  4. lembu-lembu kerbau X
  5. lembu kerbau-lembu kerbau  X
  6. banyak lembu kerbau  /
KATA MAJMUK:-
  • Kata majmuk pula ialah frasa / rangkai kata yang terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud tertentu.
  • Kebiasaannya kata majmuk dieja terpisah;-
  1. kereta api
  2. jalan raya
  3. pasar raya
  4. ubah suai
  5. mata pelajaran dan lain-lain.
  • Walaupun begitu, terdapat juga kata majmuk yang dieja rapat kerana penggunaannya telah terbiasa dan mantap;-
  1. tanggungjawab
  2. kerjasama
  3. setiausaha
  4. jawatankuasa
  5. warganegara dan lain-lain.
PENYALAHGUNAAN:-
  • Pengguna bahasa sering memasukkan tanda sempang bagi kata setara, misalnya;-
  1. ibu bapa > ibu-bapa
  2. jimat cermat > jimat-cermat
  • Pengguna bahasa sering menggandakan kata setara seperti juga kata majmuk lain, misalnya;-
  1. kasih sayang > kasih-kasih sayang / kasih sayang-kasih sayang
  2. ibu bapa > ibu-ibu bapa / ibu bapa-ibu bapa
Perkongsian oleh: Cikgu Mohamad Azemi Zawawi ( GC Bahasa Melayu)

Saturday, September 10, 2011

RUTIN GC FARIS...?


BERKONGSI ILMU...!
Bermula 8 September hinggalah 10 Disember 2011, Cikgu menghadapi jadual kerja yang sangat padat dan amat meletihkan. Biasanya, cikgu sempat meng'update'kan blog ini sekurang-kurangnya sekali sehari, tapi hujung minggu kali ini.... TAK SEMPAT...!!!!!
Untuk makluman Farisian sekalian, pada hujung minggu ini cikgu terpaksa melayani beberapa undangan ceramah PMR yang datangnya berturut-turut, dan tempat-tempatnya pula agak jauh dan pastinya memenatkan.
  • 8 September 2011  - Ceramah anjuran Kesedar di Sweet Beach Resort, Tok Bali (2.30 - 4.30)
  • 9 September 2011  - Ceramah anjuran Kesedar di D' Aura Training Centre, Kandis (8.00 - 10.00)
  • 9 September 2011  - Ceramah anjuran Kesedar di PCB Resort, Kota Bharu (2.30 - 4.30)
  • 10 September 2011 - Ceramah di Sekolah Sultan Ibrahim 1, P. Mas (9.00 - 11.00)
Dan pada 13 September 2011 ini nanti, dua lagi program ceramah yang menanti, iaitu di SMK Salor dan sekolah Faris sendiri yang akan diadakan di D' Aura Training Centre. Masing-masing 2.30 - 4.30 petang dan 9.00 - 11.00 malam.
Harap maklum.......