JOM KLIK

Thursday, September 6, 2012

MAJLIS KESYUKURAN BAI'AH...?

Majlis Kesyukuran Bai'ah dan Jamuan Aidilfitri berlangsung meriah pada jam 12.00 tengah hari, hari ini, Khamis 6 September 2012. Majlis ini bermula dengan acara asrama terbuka yang mana yang mana aspuri dan aspura menjadi tuan rumah meraikan para tetamu yang terdiri darpada guru dan para pelajar berkunjung bagi meraikan sambutan hari raya peringkat asrama.
Majlis Kesyukuran Bai'ah dan Jamuan Aidilfitri yang berlangsung di Dewan Mahathir Hashim bukannya hanya diraikan oleh warga Farisian, malah ketua-ketua jabatan kerajaan berhampiran, wakil JPN, kakitangan JPN, PIBG dan lain-lain.





KATA SETARA / GANDA / MAJMUK...?

Antara kata majmuk, kata ganda dengan kata setara, kebiasaannya akan timbul kekeliruan dari segi penggunaannya oleh pengguna bahasa Melayu yang kurang teliti dan cakna bahasa. Mereka sering menyalahgunakan penggunaan kata-kata tersebut secara tidak sedar kerana mungkin beranggapan bahawa kata tersebut tergolong dalam kategori yang sama, yang menjadikan penggunaannya pun sama.

KATA GANDA:-
  • Terbahagi kepada lima jenis, iaitu:-
  1. Kata Gandaan Penuh ( bola-bola, pokok-pokok, api-api )
  2. Kata Gandaan Separa ( jejari, jejambat, sesiku, kekuda )
  3. Kata Gandaan Irama ( kayu-kayan, lauk-pauk, kuih-muih )
  4. Kata Gandaan Bebas ( ipar-duai, simpang-perenang, mentua-taya )
  5. Kata Gandaan Menyaling ( tolong-menolong, tembak-menembak, buli-membuli )
  • Kata ganda akan menggunakan tanda sempang di tengahnya kecuali kata gandaan separa.
  • Kata gandaan irama bersifat 'kata keduanya' tidak memiliki apa-apa makna:-
  1. kuih-muih > muih - tidak memiliki apa-apa makna
  2. lauk-pauk > pauk - tidak memiliki apa-apa makna
KATA SETARA:-
  • Kata setara ialah kata yang terdiri daripada dua patah kata yang sama / setara golongannya.
  1. lembu kerbau > lembu - binatang; kerbau - binatang
  2. jimat cermat > jimat - adjektif; cermat - adjektif
  3. kerusi meja > kerusi - perabot; meja - perabot
  4. ibu bapa > ibu - orang; bapa - orang
  • Kata setara tidak memiliki tanda sempang di tengah-tengahnya.
  • Kata setara tidak boleh digandakan;-
  1. ibu bapa-ibu bapa  X
  2. ibu-ibu bapa  X
  3. semua ibu bapa /
  4. lembu-lembu kerbau X
  5. lembu kerbau-lembu kerbau  X
  6. banyak lembu kerbau  /
KATA MAJMUK:-
  • Kata majmuk pula ialah frasa / rangkai kata yang terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud tertentu.
  • Kebiasaannya kata majmuk dieja terpisah;-
  1. kereta api
  2. jalan raya
  3. pasar raya
  4. ubah suai
  5. mata pelajaran dan lain-lain.
  • Walaupun begitu, terdapat juga kata majmuk yang dieja rapat kerana penggunaannya telah terbiasa dan mantap;-
  1. tanggungjawab
  2. kerjasama
  3. setiausaha
  4. jawatankuasa
  5. warganegara dan lain-lain.
PENYALAHGUNAAN:-
  • Pengguna bahasa sering memasukkan tanda sempang bagi kata setara, misalnya;-
  1. ibu bapa > ibu-bapa
  2. jimat cermat > jimat-cermat
  • Pengguna bahasa sering menggandakan kata setara seperti juga kata majmuk lain, misalnya;-
  1. kasih sayang > kasih-kasih sayang / kasih sayang-kasih sayang
  2. ibu bapa > ibu-ibu bapa / ibu bapa-ibu bapa
Perkongsian oleh: Cikgu Mohamad Azemi Zawawi ( GC Bahasa Melayu)

Sunday, September 2, 2012

AJAIB PROTEIN...?


PROTEIN?
  • Adalah sejenis nutrien yang melaksanakan pelbagai fungsi di dalam tubuh kita.
  • Protein membantu fungsi mata untuk melihat, mengecutkan otot dan pembekuan darah.
  • Menjadikan kita aktif dengan memudahkan tindak balas kimia melalui enzim dan melindunginya daripada jangkitan.
  • Tanpa protein, tulang, kulit dan rambut kita tidak mempunyai struktur.
PERANAN PENTING PROTEIN?
  • Menggantikan sel-sel dan tisu yang mati atau rosak.
  • Mengawal proses badan.
  • Mengekalkan jumlah dan komposisi cecair badan.
  • Mengangkut bahan-bahan seperti lipid, vitamin, mineral dan oksigen ke seluruh badan.
  • Melindungi badan daripada penyakit melalui antibodi dan menguatkan sistem imun badan.
SUMBER PROTEIN?
Protein dalam diet kita boleh didapati daripada dua sumber utama iaitu:-
  • Protein haiwan (susu, telur, daging, dan ikan)
  • Protein tumbuhan (bijirin, kacang, kekacang dan produk soya.

PENGUKUHAN SEJARAH...?

BAHAGIAN A (40 markah)
Jawab semua soalan

1)         Mengapakah masyarakat dahulu dikenali sebagai masyarakat prasejarah?

A.    Hidup secara nomad

B.     Tidak mempunyai sistem tulisan

C.     Kehidupan secara berkelompok

D.    Bergantung kepada aktiviti pertanian


2)         Mengapakah peralatan zaman Paleolitik lebih mengutamakan fungsi daripada nilai estetika?

A.    Sebagai bahan hiasan

B.     Untuk mempertahankan diri

C.     Untuk mendapatkan makanan

D.    Menjadi tukaran dalam perdagangan

 3)         Apakah maksud politisme dalam masyarakat zaman tamadun awal?

                 A.   Kehidupan semula selepas mati

                 B.   Penyembahan roh nenek moyang

                 C.   Kepercayaan terhadap dewa-dewi

                 D.   Penyembahan lebih daripada satu tuhan

            

         *Lembah Sungai Hwang Ho
          *Lembah Sungai Nil

 

 
4)       Apakah persamaan lembah sungai di atas?

                 A.   Lokasi bermulanya Zaman Logam

                 B.   Permulaan tamadun awal manusia

                 C.   Tempat jumpaan barang peninggalan sejarah

                 D.   Kemunculan Bandar menjadi negara kota

SATU KAJIAN CERPEN 'HUTAN RIMBA'...?

CERPEN : HUTAN RIMBA
Oleh: Sasjira

Sinopsis
Pak Tua sebagai pemandu traktor menyesali pekerjaannya yang mengakibatkan kemusnahan alam sekitar. harapannya agar kawasan hutan kembali merimbun. Hasil pekerjaannya dia berjaya membesarkan anak-anaknya dengan kerjaya masing-masing. Atas nasihat anak-anaknya, Pak Tua dapat dipujuk agar reda dengan pekerjaannya yang banyak membantu menyara keluarga dan pendidikan anak-anaknya. Akhirnya Pak Tua dan anak-anaknya menceburi bidang pelancongan dengan membuat resort keluarga di hutan simpan miliknya bagi memulihara alam sekitar.
Aspek komsas dalam cerpen Hutan Rimba karya Sasjira

ITEM
PERNYATAAN
CONTOH



Tema


Tekanan perasaan seorang pemandu traktor yang memusnahkan alam sekitar untuk tujuan pembangunan
Kekesalan Pak Tua sebagai pemandu traktor akan tindak-tanduknya selama ini yang telah menyebabkan kemusnahan flora dan fauna. Namun, Pak Tua berbangga dengan kejayaan dan keberhasilan anak-anaknya dalam bidang akademik dengan hasil usaha selama ini sehingga mampu menjawat jawatan tinggi dalam pekerjaan masing-masing. Akhirnya Pak Tua telah mengusahakan hutan simpan bagi memulihara alam sekitar









Persoalan








Persoalan pembangunan sehingga memusnahkan flora dan fauna
Pak Tua sangat kesal akibat pekerjaannya sebagai pemandu traktor yang banyak memusnahkan pokok-pokok dan haiwan-haiwan demi pembangunan
Persoalan rasa bersalah yang menghantui jiwa
Pak Tua rasa bersalah kerana memusnahkan alam sekitar walaupun dengan tujuan untuk aktiviti pertanian
Persoalan kemusnahan hutan sebagai khazanah alam
Pak Tua menyesal akibat pekerjaannya sebagai pemandu traktor telah banyak memusnahkan hutan sebagai khazanah negara
Persoalan tanggungjawab memberikan pendidikan kepada anak-anak
Pak Tua berjaya memberikan pendidikan kepada empat orang anaknya sehingga menjawat jawatan yang tinggi dalam pekerjaan masing-masing
Persoalan kepentingan pembangunan kepada negara
Pembangunan dalam sektor pertanian mampu menjana pendapatan kepada negara

Persoalan tanggungjawab menjaga alam sekitar
Pak Tua mengekalkan hutan simpan miliknya untuk memulihara alam sekitar atas kesedarannya sebelum ini yang banyak memusnahkan alam sekitar
Persoalan keindahan alam mampu memajukan industri pelancongan negara
Anak-anak Pak Tua ingin melibatkan diri dalam industri pelancongan kerana mampu menjana pendapatan sekali gus mengekalkan keindahan alam sekitar





Nilai

Cinta alam sekitar
Pak Tua sangat menyesal kerana banyak memusnahkan alam sekitar ketika bekerja dengan syarikat pembalakan

Kasih sayang
Pak Tua dan Mak Tua mengasihi anak-anak sehingga mereka berjaya dalam kerjaya masing-masing

Kegigihan
Pak Tua dan Mak Tua mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang sehingga anak-anak mereka saling menghormati

Reda
Mak Tua meminta supaya Pak Tua tidak menyesal pekerjaannya yang banyak memusnahkan hutan kerana perbuatan itu adalah tuntutan pekerjaannya

Tanggungjawab
Pak Tua bertanggungjawab memberikan pendidikan kepada anak-anak sehingga berjaya dalam kerjaya masing-masing

Prihatin
Mak Tua menasihati Pak Tua supaya tidak menyesali perbuatannya memusnahkan alam sekitar dahulu





Pengajaran
Kita hendaklah mencintai alam supaya flora dan fauna tidak musnah
Pak Tua begitu menyesal kerana banyak memusnahkan flora dan fauna ketika bekerja sebagai pemandu traktor caterpillar
Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga kerana mereka menjadi tempat bermanja
Pak Tua begitu menyayangi cucu-cucunya dan menggunakan kesempatan waktu tuanya dengan bergembira bersama-sama mereka
Kita hendaklah memberikan pendidikan terbaik kepada anak-anak
Pak Tua bertanggungjawab memberikan pendidikan kepada empat orang anaknya sehingga mereka berjaya dalam bidang kerjaya masing-masing
Kita hendaklah bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan
Pak Tua bersyukur kerana hasil pekerjaanya dahulu berjaya memberikan pendidikan kepada anak-anak

Perkongsian oleh: Cikgu Azaman Zakaria (GC Bahasa Melayu)

PROGRAM PMR SEPTEMBER...?

PROGRAM KECEMERLANGAN PMR SEPTEMBER 2012
TARIKH
CALON PMR 2012 (148 Orang)
02 September
Peperiksaan BI (3.00 – 5.00 petang)
03 September
Peperiksaan PAI (3.00 – 5.00 petang)
04 September
06 September
Kem Wacana Akademik PMR di PCB Resort
04 – 06 September 2012
09 September
GERPAQ A Matematik (9.00 – 11.00 malam)
11 September
MUTIARA Sains (9.00 – 11.00 malam)
17 September
GERPAQ A Matematik (9.00 – 11.00 malam)
18 September
MUTIARA Sains (9.00 – 11.00 malam)
23 September
GERPAQ A Matematik (9.00 – 11.00 malam)

Saturday, September 1, 2012

LADAP KE-4 DI HOTEL PERMAI...?

Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) ke-4, 2012 bagi guru-guru Faris Petra berlangsung di Hotel Permai, Kuala Terengganu pada 30 Ogos - 01 September 2012. Antara objektif LADAP ke-4 ialah:-
  • mencapai kualiti kecemerlangan dalam 3 elemen asas iaitu kebijaksanaan (wsdorn), kekuatan (strengthness) dan budaya pasukan berprestasi tinggi (high performance work culture);
  • mendorong diri sendiri menjadi orang yang sanggup menerima perubahan, tiada batasan masa untuk cemerlang dan membentuk motivasi diri untuk meningkatkan profesionalisme.