JOM KLIK

Friday, August 5, 2011

SALAH BAHASA TU...?


Baca surat khabar Utusan Malaysia Jumaat, 4 Februari 2011? Jika membacanya, sudah pasti akan terlihat tajuk besar di muka surat 2 yang ditulis sebegini…
PM berharap Tahun Arnab bawa limpahan kejayaan dan ekonomi
mendokong agenda nasional
Cikgu tidak mahu bercerita tentang artikel yang tertulis itu, cuma yang mahu diutarakan di sini ialah penggunaan perkataan ‘mendokong’, sama ada betul ataupun salah? Adakah perkataan ‘mendokong’wujud dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu? Untuk mendapat kepastian, cikgu telah membuat rujukan menggunakan Kamus Dewan edisi ke-4. Pada muka surat 359, terdapat kata ‘dokong’ yang membawa makna sejenis buah seperti langsat! Itu sahaja, tidak ada makna lain. Jadi, jika begitu maksud kata ‘mendokong’ ialah ‘menglangsat’? Apakah jadah perkataan ini?
  • SEBENARNYA kata mendokong itu tidak betul dan sepatutnya ditukar menjadi mendukung.
  • Mendukung membawa maksud membawa, memikul, menyokong, memperkukuh, menegakkan dan lain-lain.
  • Jadi peringatan buat penulis-penulis berita, jangan sesedap saja menggunakan sesuatu perkataan dalam setiap penulisan berita.
  • Gunakan bahasa Melayu dengan betul dalam semua keadaan.
  • Martabatkan bahasa Melayu, jika tidak kita, siapakah lagi...?
Perkongsian oleh:

    Cikgu Azemi (GC Bahasa Melayu)

    SALAH EJAAN TU...?


    Sering sangat berlaku kekeliruan ketika mengeja sesetengah perkataan. Hal ini bukan sahaja terjadi kepada para pelajar bahkan masyarakat umum juga. Disebabkan sikap memandang mudah, maka gejala sebegini terus berlaku. Para pelajar dan anggota masyarakat pengguna bahasa mestilah prihatin dan peka akan sistem ejaan bahasa Melayu yang telah lama digubal. Antara contoh kesalahan ejaan yang lumrah terjadi ialah:-
    1. merbahaya sepatutnya > berbahaya
    2. tauladan sepatutnya > teladan
    3. keretapi sepatutnya > kereta api
    4. aturcara sepatutnya > atur cara
    5. mendokong sepatutnya > mendukung
    6. mempastikan sepatutnya > memastikan
    7. mengkebumikan sepatutnya > mengebumikan
    8. menyonteng sepatutnya > menconteng
    9. menyintai sepatutnya > mencintai
    10. mensasarkan sepatutnya menyasarkan
    11. kasih-sayang sepatutnya > kasih sayang
    12. jawatan kuasa sepatutnya > jawatankuasa
    13. keibu-bapaan sepatutnya > keibubapaan
    14. lebuhraya sepatutnya > lebuh raya
    15. mempastikan sepatutnya > memastikan
    16. anti-dadah sepatutnya > antidadah
    17. ko-kurikulum sepatutnya > kokurikulum
    18. perlantikan sepatutnya > pelantikan
    19. urusetia sepatutnya > urus setia
    20. perabut sepatutnya > perabot
    21. pelakun sepatutnya > pelakon
    22. tips sepatutnya > tip
    23. Ramadhan sepatutnya > Ramadan
    24. hajjah sepatutnya > hajah
    25. beterbangan sepatutnya > berterbangan
    26. jurukur sepatutnya > juruukur
    27. mampan sepatutnya > mapan
    28. muslimah sepatutnya > muslimat
    29. juru wang sepatutnya > juruwang
    30. ilmuan sepatutnya > ilmuwan
    dan banyak lagi…….
    Perkongsian oleh:
    Cikgu Azemi (GC Bahasa Melayu)

    TEMA PERSIDANGAN GURU CEMERLANG...?


    • 1996  Kecemerlangan Berterusan
    • 1997  Kecemerlangan Berterusan
    • 2001  Meritokrasi Jiwa Bangsa
    • 2006  Guru Cemerlang Penyuluh Profesion Keguruan
    • 2007  Guru Cemerlang Penjana Modal Insan Berkualiti
    • 2008  Inovasi Pendidikan Teras Kecemerlangan Berterusan
    • 2009  Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan Merealisasikan Gagasan 1Malaysia
    • 2010  Pemuafakatan Pendidikan Merealisasikan Negara Bangsa

    Thursday, August 4, 2011

    PERSIDANGAN GC SBP 2011...?



    Foto daripada Utusan Malaysia.... GC Faris Petra di barisan hadapan. Penulis, biasalah tolong penuhi kerusi belakang...!
    Seramai 21 orang Guru Cemerlang dari Faris Petra menghadiri Persidangan Guru Cemerlang Sekolah Berasrama Penuh 2011 yang julung-julung kali diadakan. Persidangan tersebut berlangsung di sekolah Seri Puteri, Cyberjaya pada 31 Mei - 2 Jun 2011. Persidangan yang bertemakan "Guru Cemerlang Pemangkin Transformasi Pendidikan" itu telah menghimpunkan 361 orang GC dari SBP seluruh negara. Seramai empat orang GC Faris Petra telah membentangkan kertas kerja dan Kajian Tindakan di persidangan tersebut. Mereka ialah Cikgu Muhammad b. Daud, Cikgu Wan Muhammad Saidi b. Jaafar, Cikgu Che Ramli b. Che Ismail dan Cikgu Aris Pazilah b. Harun.

    Komen penulis:
    Insya-Allah, tahun depan giliran cikgu pula yang akan membentangkan KK...!

    LAGU GURU CEMERLANG...?

    Dengan usaha dedikasi yang ikhlas
    Bersama menjaya wawasan negara
    Bergandingan dengan semangat baru
    Menuju arah kegemilangan

    Kita Membina hasrat mulia
    Demi masa depan yang gemilang
    Kita bersatu sebagai keluarga
    Menjana cendiakawan negara

    Kami guru cemerlang pendidik berwibawa
    Menyempurnakan visi yang terbilang
    Kami guru cemerlang
    Melestari budaya Masyarakat

    Kami berdoa dirahmati tuhan
    Kita setaraf antarabangsa

    Patuh pada etika
    Penjana modal insan
    Bina negara bangsa
    Kita mampu cemerlang selamanya.



    Lagu ciptaan: L.Y.
    Lirik: Baiduri

    VISI NEGARA...?

    GC FARIS PETRA TERAMAI...?


    Sebahagian GC Faris Petra bersama-sama bekas Pengetua dan PK1
    Banyak juga diperkatakan bahawa GC di Faris Petra yang teramai di sesebuah sekolah. Ada juga suara-suara sumbang yang memperkecil keupayaan GC ini, walaupun mereka sebenarnya kagum akan pencapaian Faris Petra dalam setiap peperiksaan awam. Sebenarnya tiada sesiapa yang boleh mendabik dada mengatakan bahawa golongan dia atau mana-mana puak yang boleh menentukan kejayaan sesebuah sekolah. Sebaliknya semua kejayaan yang dicapai merupakan hasil sumbangan semua pihak.

    Sehingga kini, Faris Petra memiliki seramai 22 orang GC yang terdiri daripada pelbagai kepakaran, antaranya:-
    1. Che Ramli b. Che Ismail (GC Kimia)
    2. Mazinah bt Muda (GC Biologi)
    3. Hjh. Zakiah bt Zaid (GC Matematik Tambahan)
    4. Hjh. Zahariah bt Ismail (GC Matematik)
    5. Noterzam bt Jaafar (GC Matematik Tambahan)
    6. Rodzieh bt Harun (GC Sejarah)
    7. Hj. Mukhtar b. Yaacob (GC Matematik)
    8. Azalina bt Mohd Yusoff (GC Bahasa Inggeris)
    9. Hjh. Aminah bt. Hj Hassan (GC Matematik)
    10. Aris Pazilah b. Harun (GC Geografi)
    11. Muhammad b. Daud (GC Bahasa Melayu)
    12. Mohamad Azemi b. Zawawi (GC Bahasa Melayu)
    13. Mohd Sabri b. Hamat (GC Pendidikan Islam)
    14. Noor Hayati bt Che Ismail (GC Bahasa Inggeris)
    15. Roziah bt Mohd Ali (GC Bahasa Inggeris)
    16. Aminah bt. Ab Rahman (GC Fizik)
    17. Tn. Mohd Khairul Anuar b. Tn Mat (GC Sains)
    18. Wan Mohd Saidi b. Jaafar (GC Kimia)
    19. Azaman b. Zakaria (GC Bahasa Melayu)
    20. Hjh. Paridah bt Ali (GC Bahasa Melayu)
    21. Hasmani bt Ishak (GC Sains) 
    22. Hj. Sharifuddin b. Ahmad Nawawi (GC Kemahiran Hidup)