APA ITU ANTIBIOTIK...?
- ANTIBIOTIK merupakan sejenis sebatian kimia yang digunakan untuk melawan jangkitan mikro organisma seperti kuman dan bakteria.
- Antibiotik boleh diperoleh daripada sumber biologi seperti kulat dan mikro organisma.
- Dengan kemajuan dalam kimia organik, antibiotik kini boleh dihasilkan melalui sintesis kimia.
- Ubat antibiotik bertindak dengan membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan.
- Semua ubat antibiotik mesti dimakan sehingga habis.
- Hal ini demikian kerana untuk memastikan semua mikro organisma yang menyebabkan penyakit telah dibunuh dan untuk mengelakkan terdapatnya mikro organisma yang rintang terhadap antibiotik tersebut.
- Penemuan antibiotik berlaku pada tahun 1935 dan dianggap sebagai ubat ajaib.
- Bagaimanapun kini, pakar perubatan mendapati semakin banyak bakteria atau kuman rintang terhadap ubat antibiotik.
No comments:
Post a Comment