JOM KLIK

Saturday, September 22, 2012

SALAH GUNA KATA GANDA...?

Tidak semua perkataan boleh digandakan bagi menyatakan maksud banyak atau lebih daripada satu. Bagi perkataan-perkataan (kata nama) yang sudah menunjukkan jumlah yang banyak atau tidak dapat dikira jumlahnya, tidak wajar menerima bentuk gandaan. Sila lihat contoh kesalahan kata nama yang digandakan di bawah:-
  • air-air
  • wang-wang
  • serbuk-serbuk > serbuk-serbuk tepung
  • lumpur-lumpur
  • api-api
  • asap-asap
  • gas-gas
  • udara-udara
  • angin-angin
  • hujan-hujan
  • padi-padi
  • beras-beras
  • awan-awan
Contoh kesalahan penggunaan kata ganda dalam ayat:-
  • Pihak urus setia telah menyediakan air-air minuman untuk para peserta larian 1Malaysia.
  • Wang-wang kepunyaan jutawan itu dilaburkan dalam bisnes itu.
  • Lumpur-lumpur yang terkena baju saya itu sukar untuk dibersihkan.
  • Beras-beras di dalam guni itu rosak kerana ditenggelami banjir kilat.
Perkongsian oleh:
Cikgu Azemi ( GC Bahasa Melayu)

No comments:

Post a Comment