JOM KLIK

Wednesday, August 17, 2011

BERBUKA PUASA DENGAN TKPPM...?


Tuan Hj. Syufaat b. Tumin
Tanggal 22 Ogos 2011 bersamaan dengan 22 Ramadan 1432 akan berlangsung satu lagi majlis penting kepada warga Farisian. Majlis yang dimaksudkan ialah majlis berbuka puasa bersama-sama Tuan Haji Syufaat bin Tumin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Antara tentatif majlis tersebut ialah:-

  • 5.45 petang   : Pelajar mengambil tempat di Dewan Gemilang
  • 6.00 petang   : Ketibaan Tim. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
  •                      : Ucapan alu-aluan Tuan Pengetua
  •                      : Ucapan dan amanat VIP
  •                      : Majlis tahlil
  • 7.05 petang   : Pelajar serta guru ke Dewan Makan
  • 7.15 petang   : VIP mengambil tempat di Dewan Makan
  • 7.28 petang   : Majlis Berbuka Puasa
  • 7.50 petang   : Solat Maghrib di Masjid SEMESTA
  • 8.30 malam   : VIP, guru dan pelajar solat Isyak dan Terawih
  • 9.50 malam   : Majlis Bersurai

Saturday, August 13, 2011

TOGETHER EVERYONE ACHIEVES MORE...!

Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra
16100 Pengkalan Chepa, Kelantan

ENGLISH LANGUAGE PANEL
SMSTMFP
2011
English teachers at Faris :

1. Head of English Language Panel           : Pn. Azalina Mohd Yusoff
2. Head of Lower Secondary Panel            : Pn. Roziah Mohd Ali
3. Assistant Head of Panel                           : En. Kamarulzaman Idris
4. Panel Secretary                                         : Pn. Nik Fauziah Nik Abdullah
5. Panel Treasurer                                        : Pn. Hjh. Maizura Mahyudin
6. Member                                                      : Pn. Noor Hayati Che Ismail
7. Member                                                      : Pn. Yuniza Che Yaacob

MASTER TEACHERS :
Pn. Azalina Mohd Yusoff
Pn. Roziah Mohd Ali
Pn. Noor Hayati Che Ismail

Our Panel Motto :  T.E.A.M. ( Together Everyone Achieves More )

What we can share with you at the moment is a school based publication which we call

TOGETHER Updates                            
English is FUNdamental

                          

F.E.L.T. Production
(Faris English Language Teachers’ Production)

           
Highlights :

Ø  Motivation
Ø  FUN with Idioms
Ø  TOGETHER Profiles
Ø  Selected Essays
Ø  Brain Boosters
Ø  Special Article
Ø  Jokes
Ø  Quotations
Ø  Etcetera

We started this publication in 2007 – monthly, with the intention of contributing something to the school as an English panel. It is normal for us teachers to help students with written publications but this one is somewhat different because the effort comes from the English teachers, particularly to share with all Farisians – students, teachers as well as non-academic staff.  We hope to trigger off the interest among all the Farisians and to include the FUN element in learning the language. Indirectly, we want to stress that learning English should not be for examination purposes.
        However, due to our tight schedule, now TOGETHER Updates has become a bimonthly publication. The materials that we include are basically  things that may interest anyone and everyone!

Perkongsian oleh:
Puan Azalina bt. Mohd Yusoff (GC Bahasa Inggeris)


Friday, August 12, 2011

ADA RAPAT, ADA TERPISAH...?


Pengalaman cikgu ketika mengajar Bahasa Melayu di kelas, kedapatan ramai pelajar yang masih keliru tentang penggunaan kata majmuk, terutama dari segi ejaan; sama ada dieja secara rapat ataupun terpisah. Kesempatan kali ini, cikgu akan menjelaskan secara terperinci tentang hal tersebut.
KATA MAJMUK
  • Ialah kata yang terdiri daripada dua perkataan, tetapi membawa SATU makna.
  • Kata majmuk dieja terpisah tetapi bertindak sebagai SATU unit.
  • WALAU BAGAIMANAPUN terdapat sesetengah kata majmuk yang dieja RAPAT/BERCANTUM.
  • Pelajar perlu memberikan perhatian tentang kata majmuk yang dieja rapat ini dengan cara menghafalnya, lagipun jumlahnya TIDAK banyak.

KATA MAJMUK YANG DIEJA BERCANTUM/RAPAT
  • KATA YANG DIEJA BERCANTUM/RAPAT DENGAN PARTIKEL 'PUN'
  1. adapun
  2. andaipun
  3. ataupun
  4. biarpun
  5. kalaupun
  6. kendatipun
  7. lagipun
  8. mahupun
  9. meskipun
  10. sekalipun
  11. sungguhpun
  12. walaupun
  13. bagaimanapun
  • KATA MAJMUK YANG TELAH MANTAP TETAPI DIEJA BERCANTUM/RAPAT
  1. antarabangsa
  2. beritahu
  3. bumiputera
  4. jawatankuasa
  5. kakitangan
  6. kerjasama
  7. olahraga
  8. matahari
  9. setiausaha
  10. sukarela
  11. suruhanjaya
  12. tandatangan
  13. tanggungjawab
  14. warganegara
  15. pesuruhjaya 
Perkongsian oleh:-
Cikgu Mohamad Azemi b. Zawawi (GC Bahasa Melayu)
                                                                                                                                                           

Wednesday, August 10, 2011

SELAMAT DATANG ...!

PENGETUA PEMANGKIN KECEMERLANGAN FARISIAN
Perpindahan Tn. Hj. Shaffie b. Awang ke bumi Farisian yang gemilang ini akan menjadi pemangkin yang lebih hebat dalam mencorakkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum SM. Sains Tengku Muhammad Faris Petra. Dengan misi, 'Bersama-sama Melestarikan Faris No. 1' ......pasti akan melonjakkan komitmen dan semangat serta iltizam warga Farisian.


PERFECT SCORE SPM 2011...?

GC SUMBANG KEPAKARAN
Pada 21 - 23 Julai 2011, bertempat di PCB Resort, Kota Bharu telah berlangsung program peningkatan akademik khas untuk pelajar-pelajar SPM 2011. Program yang dinamakan 'Perfect Score SPM' yang mendapat suntikan kewangan daripada peruntukan SBT itu berjaya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para pelajar khususnya dalam subjek Sains Tulen dan Matematik. Tidak Ketinggalan para Guru Cemerlang Faris Petra mencurahkan kepakaran masing-masing bagi membantu melonjakkan Faris Petra sebagai sebuah institusi yang dikagumi.
Cikgu Che Ramli sedang menunjuk ajar calon SPM 2011 Faris Petra...
Cikgu Aminah dalam kelas Fiziknya....
Cikgu Noterzam sedang berkongsi kepakaran subjek Matematik Tambahan....
Tekun..... membuat latihan penyelesaian masalah...

Tuesday, August 9, 2011

DARI FARIS UNTUK FARIS...?

MODUL PENDIDIKAN ISLAM

  • Modul Pendidikan Islam untuk Farisian
  • Berkonsepkan 'Latih Tubi Berfokus'
  • Penulis: Ustaz Mohd Sabri bin Hamat



BUAH TANGAN GC...?

MODUL BAHASA MELAYU PMR
  • Mula digunakan sejak 2004
  • Menekankan aspek 'Latih dan Kuasai'
  • Modul khusus untuk pelajar Farisian
  • Memperkenalkan kaedah grafik dan rumus bahasa
  • Mempermudah proses pembelajaran dan pengajaran
  • Penulis: Cikgu Mohamad Azemi Zawawi


PERJUMPAAN KHAS DENGAN PENGETUA...?

PERJUMPAAN KHAS GC FARIS PETRA DENGAN PENGETUA
Majlis perjumpaan tersebut sebagaimana berikut:-

  • Tarikh  : 10 Ogos 2011
  • Masa   : 1.45 - 2.45 petang
  • Tempat: Bilik Gerakan
Antara agenda perjumpaan:-

  • Ucapan alu-aluan Pengerusi MGC Faris Petra
  • Pelancaran Blog MGC Faris Petra
  • Amanat Tuan Pengetua
  • Hal-hal lain

SKT GURU CEMERLANG...?

CADANGAN SASARAN KERJA TAHUNAN GURU CEMERLANG (SKT)

Bil

Tugas
Gred
DG44
DG48
DG52
DG54
(KUP)
(KUP)
(KUP)
(KUP)

1.
Membuat perancangan Pengajaran dan melaksanakan pengajaran subjek kepakaran untuk mencapai tahap yang ditetapkan oleh Pengetua di tempat berkhidmat.

75%

70%

65%

60%

2.
Memimpin dan membantu dalam tugas kurikulum dan kokurikulum berkaitan subjek kepakaran di tempat berkhidmat.

10%

10%

15%

15%

3.
Menjadi pakar rujuk, memberi  khidmat nasihat dan membimbing guru dan pelajar dalam bidang kepakaran di tempat berkhidmat.

8%

10%

10%

10%

4.
Menjalankan kajian, menghasilkan penulisan ilmiah, meneroka inovasi dan penemuan baru dalam subjek kepakaran dan membentangkan hasil  kepada warga pendidik.

2%

5%

5%

7%

5.
Melaksanakan tugas-tugas khas dalam subjek kepakaran di sekolah lain, di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

5%

5%

5%

8%
JUMLAH
100%
100%
100%
100%

Perkongsian oleh:-
Che Ramli b. Che Ismail (GC Kimia)

Monday, August 8, 2011

BAHASA SLANGA FARISIAN...!


KAJIAN SLANGA DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH BERASRAMA PENUH
(Satu Kajian di SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra)


Definisi:
Slanga ialah bahasa yang dipertuturkan oleh satu kelompok masyarakat yang hanya difahami oleh kelompok tertentu sahaja.

Tujuan Kajian:
Kajian ini dijalankan untuk melihat keragaman bahasa yang digunakan oleh para pelajar di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang melalui kehidupan yang berbeza dengan pelajar-pelajar lain. Mereka berada di asrama selama 24 jam sehari yang sudah pasti dapat membentuk kelompok mereka tersendiri. Kajian ini juga dijalankan untuk mengaitkan perkataan yang digunakan dengan maksud sebenar perkataan tersebut dan apakah hubung kaitnya. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk mencari sebab-sebab mereka menggunakan slanga dalam kehidupan seharian mereka.

Respondan:
Kajian ini dijalankan dengan melibatkan 30 orang pelajar iaitu 5 orang bagi setiap kelas di Tingkatan 5 yang merangkumi kedua-dua jantina iaitu lelaki dan perempuan.

Hasil Kajian:
(i)Penggunaan slanga dan maksudnya.

Bil
Slanga
Maksud Sebenar
1
Ngisi
Denda
2
Bbunga
Dating
3
Mapuh
Tidur
4
Ngepok
Mencuri
5
Karek
Merokok
6
Relay
Merokok
7
Bedil
Mencuri
8
So’oh
Buncit
9
Bero
Marah
10
Jimat
Kedekut
11
Pejabat
Tandas tempat merokok
12
Ngepau
Mencuri
13
Cilok
Selekeh
14
Mencampak
Pelik dalam sesuatu kelompok
15
Ngecing
Menipu
16
Kemas
Bagus
17
Cipop
Berjerawat


18
Syiwo
Jiwang
19
Ngopi
Meniru
20
Bajet Lawa
Perasan lawa
21
Cisuk
Busuk
22
Mama
Warden perempuan
23
Spot Light
Mata luas
24
Kerengga
Punggung tonggek
25
Spongebob
Suara nyaring
26
Ciles
Lesbian
27
Liteyo
Busy body
28
Sipon
Pondan
29
Set Megang
Gangster
30
Ngotok
Marah
31
Berasap
Marah
32
Fly
Lompat pagar keluar dari asrama
33
Rong
Rongak
34
Rambut bom
Rambut mengerbang
35
Spike
Rambut tercacak
36
Potek
Tahi lalat
37
Penyu
Orang Terengganu
38
Tenggiling
Handphone
39
Tahap Bos
Amat sangat (contoh: benci tahap bos)
40
Sumbat
Orang tidak betul/ sewel
41
Lipat
Makan kawan
42
4 X 4
Merokok sebatang untuk 4 orang
43
Toyol
Bawa nota dalam dewan peperiksaan
44
Jump
Lompat pagar untuk keluar dari asrama
45
Mucat
Gementar
46
Hantu
Spy guru
47
Terak
Menggelecek
48
Petak
Ber’SMS’
49
Settal
Menyelesaikan pergaduhan
50
Gelek
Pemetik api
51
Tino Comel
Bapuk
52
Seret
Punggung besar
53
Sakok
Buah dada besar
54
Sambung
Melakukan pendawaian haram
55
Gulung
Rokok daun
56
Berasap
Merokok
57
Mentol
Rokok bermenthol (contoh: Salem)
58
Toko
Benda bulat
59
Cela
Celaka
60
Ngekkong
Meniru
61
Sekor
Duduk seorang diri
62
Karipap
Gred D dalam peperiksaan
63
Kandok
Terlalu inginkan sesuatu


Perkongsian oleh:

Cikgu Muhammad Daud (GC Bahasa Melayu)