CERPEN : HUTAN RIMBA
Oleh: Sasjira
Sinopsis
Pak Tua sebagai pemandu traktor menyesali pekerjaannya yang mengakibatkan kemusnahan alam sekitar. harapannya agar kawasan hutan kembali merimbun. Hasil pekerjaannya dia berjaya membesarkan anak-anaknya dengan kerjaya masing-masing. Atas nasihat anak-anaknya, Pak Tua dapat dipujuk agar reda dengan pekerjaannya yang banyak membantu menyara keluarga dan pendidikan anak-anaknya. Akhirnya Pak Tua dan anak-anaknya menceburi bidang pelancongan dengan membuat resort keluarga di hutan simpan miliknya bagi memulihara alam sekitar.

Aspek komsas dalam cerpen Hutan Rimba karya Sasjira
ITEM | PERNYATAAN | CONTOH |
Tema | Tekanan perasaan seorang pemandu traktor yang memusnahkan alam sekitar untuk tujuan pembangunan | Kekesalan Pak Tua sebagai pemandu traktor akan tindak-tanduknya selama ini yang telah menyebabkan kemusnahan flora dan fauna. Namun, Pak Tua berbangga dengan kejayaan dan keberhasilan anak-anaknya dalam bidang akademik dengan hasil usaha selama ini sehingga mampu menjawat jawatan tinggi dalam pekerjaan masing-masing. Akhirnya Pak Tua telah mengusahakan hutan simpan bagi memulihara alam sekitar |
Persoalan | Persoalan pembangunan sehingga memusnahkan flora dan fauna | Pak Tua sangat kesal akibat pekerjaannya sebagai pemandu traktor yang banyak memusnahkan pokok-pokok dan haiwan-haiwan demi pembangunan |
Persoalan rasa bersalah yang menghantui jiwa | Pak Tua rasa bersalah kerana memusnahkan alam sekitar walaupun dengan tujuan untuk aktiviti pertanian | |
Persoalan kemusnahan hutan sebagai khazanah alam | Pak Tua menyesal akibat pekerjaannya sebagai pemandu traktor telah banyak memusnahkan hutan sebagai khazanah negara | |
Persoalan tanggungjawab memberikan pendidikan kepada anak-anak | Pak Tua berjaya memberikan pendidikan kepada empat orang anaknya sehingga menjawat jawatan yang tinggi dalam pekerjaan masing-masing | |
Persoalan kepentingan pembangunan kepada negara | Pembangunan dalam sektor pertanian mampu menjana pendapatan kepada negara | |
Persoalan tanggungjawab menjaga alam sekitar | Pak Tua mengekalkan hutan simpan miliknya untuk memulihara alam sekitar atas kesedarannya sebelum ini yang banyak memusnahkan alam sekitar | |
Persoalan keindahan alam mampu memajukan industri pelancongan negara | Anak-anak Pak Tua ingin melibatkan diri dalam industri pelancongan kerana mampu menjana pendapatan sekali gus mengekalkan keindahan alam sekitar | |
Nilai | Cinta alam sekitar | Pak Tua sangat menyesal kerana banyak memusnahkan alam sekitar ketika bekerja dengan syarikat pembalakan |
Kasih sayang | Pak Tua dan Mak Tua mengasihi anak-anak sehingga mereka berjaya dalam kerjaya masing-masing | |
Kegigihan | Pak Tua dan Mak Tua mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang sehingga anak-anak mereka saling menghormati | |
Reda | Mak Tua meminta supaya Pak Tua tidak menyesal pekerjaannya yang banyak memusnahkan hutan kerana perbuatan itu adalah tuntutan pekerjaannya | |
Tanggungjawab | Pak Tua bertanggungjawab memberikan pendidikan kepada anak-anak sehingga berjaya dalam kerjaya masing-masing | |
Prihatin | Mak Tua menasihati Pak Tua supaya tidak menyesali perbuatannya memusnahkan alam sekitar dahulu | |
Pengajaran | Kita hendaklah mencintai alam supaya flora dan fauna tidak musnah | Pak Tua begitu menyesal kerana banyak memusnahkan flora dan fauna ketika bekerja sebagai pemandu traktor caterpillar |
Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga kerana mereka menjadi tempat bermanja | Pak Tua begitu menyayangi cucu-cucunya dan menggunakan kesempatan waktu tuanya dengan bergembira bersama-sama mereka | |
Kita hendaklah memberikan pendidikan terbaik kepada anak-anak | Pak Tua bertanggungjawab memberikan pendidikan kepada empat orang anaknya sehingga mereka berjaya dalam bidang kerjaya masing-masing | |
Kita hendaklah bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan | Pak Tua bersyukur kerana hasil pekerjaanya dahulu berjaya memberikan pendidikan kepada anak-anak |
Perkongsian oleh: Cikgu Azaman Zakaria (GC Bahasa Melayu)
No comments:
Post a Comment