JOM KLIK

Wednesday, August 10, 2011

PERFECT SCORE SPM 2011...?

GC SUMBANG KEPAKARAN
Pada 21 - 23 Julai 2011, bertempat di PCB Resort, Kota Bharu telah berlangsung program peningkatan akademik khas untuk pelajar-pelajar SPM 2011. Program yang dinamakan 'Perfect Score SPM' yang mendapat suntikan kewangan daripada peruntukan SBT itu berjaya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para pelajar khususnya dalam subjek Sains Tulen dan Matematik. Tidak Ketinggalan para Guru Cemerlang Faris Petra mencurahkan kepakaran masing-masing bagi membantu melonjakkan Faris Petra sebagai sebuah institusi yang dikagumi.
Cikgu Che Ramli sedang menunjuk ajar calon SPM 2011 Faris Petra...
Cikgu Aminah dalam kelas Fiziknya....
Cikgu Noterzam sedang berkongsi kepakaran subjek Matematik Tambahan....
Tekun..... membuat latihan penyelesaian masalah...

No comments:

Post a Comment