
PROTEIN?
- Adalah sejenis nutrien yang melaksanakan pelbagai fungsi di dalam tubuh kita.
- Protein membantu fungsi mata untuk melihat, mengecutkan otot dan pembekuan darah.
- Menjadikan kita aktif dengan memudahkan tindak balas kimia melalui enzim dan melindunginya daripada jangkitan.
- Tanpa protein, tulang, kulit dan rambut kita tidak mempunyai struktur.
- Menggantikan sel-sel dan tisu yang mati atau rosak.
- Mengawal proses badan.
- Mengekalkan jumlah dan komposisi cecair badan.
- Mengangkut bahan-bahan seperti lipid, vitamin, mineral dan oksigen ke seluruh badan.
- Melindungi badan daripada penyakit melalui antibodi dan menguatkan sistem imun badan.
Protein dalam diet kita boleh didapati daripada dua sumber utama iaitu:-
- Protein haiwan (susu, telur, daging, dan ikan)
- Protein tumbuhan (bijirin, kacang, kekacang dan produk soya.
No comments:
Post a Comment