JOM KLIK

Saturday, September 29, 2012

KOLABORASI SABK...?

PROGRAM SBT SEKOLAH ANGKAT 27 - 29 SEPTEMBER 2012
Petang kelmarin, penulis terlibat sebagai penceramah Bahasa Melayu PMR dalam Program Sekolah Angkat Sekolah Berprestasi Tinggi dengan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) untuk meningkatkan pencapaian PMR 2012 dengan Sekolah Menengah Agama (U)  Darul Ulum Al-Muhammadiah, Kolam, Bachok, Kelantan.

Program Bengkel Bahasa Melayu  bermula jam 3.00 petang itu melibatkan seramai 53 orang pelajar sekolah agama tersebut serta pelajar kelas 3 Delta (Faris Petra) seramai 30 orang. Program kolaborasi itu walaupun agak sukar dilaksanakan kerana melibatkan tahap prestasi pelajar yang jauh berbeza-beza, namun sekurang-kurangnya dapat mendedahkan teknik menjawab terbaik bagi soalan-soalan tertentu subjek Bahasa Melayu.

No comments:

Post a Comment