JOM KLIK

Sunday, September 23, 2012

SOALAN BM 2 SPOT...?


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pelajar dan pembaca yang dihormati sekalian....

Belakangan ini pertanyaan yang sering diajukan pembaca sama ada pelajar, guru mahupun ibu bapa adalah tentang soalan-soalan  yang mungkin keluar dalam PMR nanti. Ada sesetengah pertanyaan itu pula diiringi dengan pujuk rayu dan sesetengahnya pula siap dengan harapan yang menggunung tinggi. Alahai, .... sakit kepala Cikgu dibuatnya.
SEBENARNYA, walaupun Cikgu mempunyai pengalaman yang luas dalam hal-ehwal Bahasa Melayu PMR ini, namun kerja-kerja nujum-menujum ini bukanlah baik malah kadang-kadang merugikan. Bayangkan jika soalan atau tajuk yang dijangka keluar, tak muncul tiba, siapa yang mahu dipersalahkan?
Berkenaan dengan tajuk atau soalan yang keluar nanti, pelajar-pelajar bakal calon PMR sekalian janganlah terlalu takut atau risau, kerana semua skop topiknya telah diajarkan guru masing-masing.
CUMA nasihat Cikgu, untuk soalan-soalan karangan, pelajar mestilah menguasai tajuk-tajuk yang berkisar tentang diri pelajar sendiri, seperti tajuk yang berkaitan dengan persekolahan (asrama, kokurikulum, teknik belajar, peranan ibu bapa, disiplin, kantin, sukan dan kesihatan). Tajuk-tajuk yang berkaitan ibu bapa dan pihak sekolah juga seharusnya diberikan perhatian oleh pelajar-pelajar. Contoh soalan atau tajuk karangan yang PATUT dikuasai pelajar ialah:-

  • Bagaimanakah cara mempopularkan permainan tradisional dalam kalangan pelajar?
  • Peranan ibu bapa/guru/pelajar dalam menangai masalah disiplin pelajar.
  • Faedah menabung kepada pelajar.
  • Kebersihan.
  • Kebaikan koperasi sekolah.
Bagi soalan novel pula, soalan yang keluar pada tahun lepas adalah tentang perwatakan, 2010 - nilai, 2009 - persoalan, 2008 - latar tempat, 2007 - pengajaran, 2006 - watak dan 2005 - latar tempat, masa dan masyarakat.
Pada tahun ini, pelajar-pelajar seharusnya memberikan lebih tumpuan kepada tema serta latar di samping tajuk-tajuk lain. 

No comments:

Post a Comment